« Back

Program Motivasi Dan Bantuan Asnaf DUN Pertang

 

KUALA KLAWANG, 07 SEPTEMBER - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Pejabat Baitulmal Daerah Jelebu telah menganjurkan Program Motivasi Dan Bantuan Asnaf DUN Pertang yang diadakan di Masjid Simpang Pertang, Kuala Klawang.

Pejabat Baitulmal Daerah Jelebu telah mengagihkan zakat sebanyak RM 12,500 untuk diberikan kepada 125 asnaf fakir dan miskin daerah pertang dan chenai 2.

Majlis Penyampaian Bantuan telah disampaikan oleh Cikgu Nor Azmi Yusoff wakil kepada ADUN YB Dato' Haji Jalaluddin Haji Alias yang tidak dapat hadir kerana sebab-sebab yang tertentu.

Turut hadir Pegawai Baitulmal Daerah Jelebu, Ustazah Sharifah Marshitah Syed Mokhtar dan Pegawai Baitulmal Daerah Kuala Pilah Ustaz Hasbollah Haji Ahmad.