« Back

Program Motivasi & Penyampaian Bantuan Persekolahan Daerah Jelebu

 

Program Motivasi & Penyampaian Bantuan Persekolahan Daerah Jelebu

Tempat: Dewan Karisma Sek. Men. Keb. Undang, Jelebu
Tarikh: 16 Januari 2013

Kuala Klawang- Menjadi matlamat Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dalam memastikan pengisian ilmiah para peneriima bantuan zakat sampai kepada setiap individu itu sejajar mencapai sebuah umat yang gemilang.

Program Motivasi dan Penyampaian Bantuan Persekolahan Peringkat Daerah Jelebu yang diadakan di Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang memberi seribu perngertian dan bekalan ilmu yang disampaikan penceramah jemputan Ustaz Firdaus Bin Abdul Manaf kepada para penerima bantuan dalam sesi penyampaian bantuan Baitulmal kali ini.

Seramai 254 penerima bantuan menerima sumbangan diantara RM250 hingga RM850 setiap isi rumah bergantung pada jumlah tanggungan peersekolahan anak-anak dimana pihak Baitulmal memperuntukkan RM 75,440 bagi sumbangan tahun ini.

Penyampaian bantuan telah disempurnakan oleh ADUN Klawang, YB Dato' Hj Yunus bin Rahmat.