« Back

Program Muhadharah Aqidah Siri 3/2018

 

PAROI, 31 JULAI - Program Muhadharah Aqidah Siri 3/2018 telah diadakan di Dewan Ballroom Kompleks Belia Dan Sukan Paroi hari ini.

Program anjuran Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan ini merupakan siri ketiga Daurah Kitab Aqidah " Syarh Matan Umm al Barahin" yang telah dibentangkan oleh Imam Besar Masjid Negeri, Negeri Sembilan, Al-Fadhil Dr. Haji Muhammad Yusry Mazlan.

Program jelajah satu Negeri Sembilan ini bertujuan untuk menyebarkan kepentingan aqidah yang sahih dan benar kepada umat Islam khususnya di zaman yang terdedah kepada pelbagai pemikiran yang mengelirukan serta menjahilkan.

Seramai 150 peserta dikalangan pelajar sekolah rendah, menengah, kakitangan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan serta orang ramai hadir menyertai program yang diadakan ini.

Perasmian Program Muhadharah Aqidah Siri 3/2018 ini telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Wazir Hamzah.

Hadir sama, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibul Fadhilah Tuan Amran Awaluddin dan Timbalan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Sembilan, Tuan Zulfadhli Abd Aziz.