« Back

PROGRAM MUHADHARAH ULAMA’ DI SURAU PONDOK RASAH

Tarikh : 18 Disember 2013
Tempat: Surau Pondok Rasah, Seremban



 

SEREMBAN, 6 Januari – Umat Islam disaran agar sentiasa berada dalam keredhaan dimana perlu ada sifat tolak ansur dan juga berlapang dada membantu serta bekerjasama antara satu sama lain.

Demikian kata-kata daripada Sheikh Yusuf Abd. Hadi Mohd Alaboush, Penyelidik Institut Raja Idris Libya sewaktu menyampaikan tazkirah ringkas dalam lawat beliau ke Pusat Pengamalan Tareqat Ahmadiah di Surau Pondok Rasah.

Beliau juga menyatakan bahawa umat Islam hendaklah menurut perintah pemimpin dan jangan sesekali bongkak dan takbur dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Ini jelas membuktikan bahawa keperibadian setiap mukmin mencerminkan akhlak seorang umat Islam.

Beliau turut memuji masyarakat Islam Malaysia mempunyai sifat lembut dan sopan sesama Islam dari negara lain berdasarkan pengalaman beliau berdakwah diseluruh dunia Islam.

Terdahulu, jemaah dihiasi dengan acara zikir yang dipimpin oleh YBhg. Dato' Al-Sheikh Haji Mohd Murtadza Bin Al-Sheikh Haji Ahmad.

Antara yang hadir, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Tuan Kamal Amran Bin Kamarudin.

Oleh: Mizi / Khairul