« Back

Program Perasmian Tafaqquh Perdana 2017

 

SEREMBAN, 05 DIS - Majlis Perasmian Tafaqquh Perdana 2017 serta Pelancaran Kitab Aqidah Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan telah diadakan di Pusat Dakwah Islamiah, Paroi.

Program ini telah di rasmikan oleh Y.T.M Undang Luak Sungei Ujong Dato' Klana Petra Dato'Haji Mubarak Dohak.

Antara peserta yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat umum dimana pendaftaran program tersebut di buka secara percuma kepada semua lapisan umur.

Selain itu, Tafaqquh Perdana 2017 ini berlangsung selama tiga hari berturut-turut bermula pada 05 Disember dan berakhir pada 07 Disember 2017.

Turut di lancarkan pada hari ini adalah Pelancaran Kitab Aqidah Sifat 20 Terbitan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus yang telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah YB Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad.

Hadir menyaksikan perasmian, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Tuan Haji Nor Azamir Haji Alias.