« Back

Program "Qurbanmu Tanda Syukurmu" bersama Asnaf

 

Program "Qurbanmu Tanda Syukurmu" bersama Asnaf Fakir Miskin Daerah Rembau 2018 Kota

CHENGKAU, 29 OGOS - Program "Qurbanmu Tanda Syukurmu bersama asnaf fakir miskin Daerah Rembau 2018 Kota, telah berlangsung di Masjid Jamek Tanah Datar Chengkau Rembau, hari ini.

Baitulmal Daerah Rembau telah memperuntukan Rm 100 sebagai bantuan tambahan untuk di agih kepada 414 orang penerima asnaf dan fakir miskin setiap seorang.Bantuan tambahan ini telah di sampaikan oleh Pegawai Baitulmal Daerah Rembau, Ustaz Abdul Hadi Abd Aziz.

Antara lain, diselitkan ceramah agama yang di sampaikan oleh Penceramah Jemputan Khas, Ustaz Wan Naqi Nur Hafiz Wan Aqil bertajuk "Qurbanmu Tanda Syukurmu" bagi slot pengisian rohani.

Turut hadir, Pegawai Baitulmal Daerah Tampin, Ustaz Hasbollah Ahmad , Pengerusi Masjid Jamek Tanah Datar Chengkau Rembau, Tuan Haji Ibrahim Aman serta kakitangan Baitulmal Daerah Rembau.