« Back

Program "Rembau Berselawat" Dan Penyampaian Cek Bantuan Am Persekolahan Daerah Rembau

Tempat: Masjid Kariah Batu 17, Chembong
Tarikh: 11 Januari 2014 (Sabtu)



REMBAU, 11 Jan – Agihan wang zakat kepada asnaf mengikut kehendak hukum syarak telah dilakukan dalam satu program "Rembau Berselawat" & Penyampaian Cek Bantuan Am Persekolahan Daerah Rembau. Program yang dianjurkan oleh Baitulmal Daerah Rembau dibawah naungan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan bertempat di Masjid Kariah Batu 17, Chembong, hari ini.

Seramai 162 orang asnaf fisabilillah menerima bantuan persekolahan manakala seramai 220 orang asnaf fakir dan miskin turut sama menerima bantuan. Jumlah wang agihan kepada asnaf fisabilillah berjumlah RM 50100 manakala kepada asnaf fakir dan miskin berjumlah RM 220000.

Pengendali majlis, Encik Suhaimi Bin Mohd Aziz daripada Baitulmal Daerah Port Dickson, memeriahkan suasana dengan sesi pengisian ilmu. Sesi ceramah oleh Ustaz Che Amran Bin Md Yusoff turut menambah pengetahuan hadirin.

Pengarah program, Ustaz Mohamad Asyraff Bin Abdul Aziz menyatakan hasrat Baitulmal Daerah Rembau untuk membuka pusat tuisyen percuma buat golongan asnaf sekitar daerah Rembau.

Majlis berakhir dengan pengagihan wang zakat kepada setiap penerima oleh Ketua Kampung merangkap Pengerusi JKKK, Amir Nordin Bin Sehat dan Imam Masjid, Haji Razali Bin Haji Idris.

Oleh: Khairul

 


Pages: 1  2