« Back

Sambutan Maal Hijrah 1439H Daerah Rembau

 

REMBAU, 01 NOV - Majlis Sambutan Maal Hijrah 1439H Peringkat Daerah Rembau telah diadakan bertempat di Masjid Jamek An Nur, Rembau, hari ini.

Undang Luak Rembau, YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Haji Muhamad Sharip Othman telah menyampaikan sabda perasmian sekaligus merasmikan majlis tersebut.

Beliau diiringi oleh Pegawai Daerah Rembau, Tuan Amino Suyub.

Selain itu, turut diadakan Ceramah Khas yang telah disampaikan oleh Penolong Mufti Bahagian Rundingcara Akidah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Dr. Muhamad Yusry Mazlan.

Majlis diserikan dengan alunan Qasidah oleh para pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa, Rembau.

Dalam kemuncak majlis tersebut, YTM Undang Luak Johol turut menyempurnakan Penyampaian Anugerah Khas terdiri daripada Anugerah Pelajar Cemerlang, Anugerah Pegawai Masjid, Anugerah Pentadbir Masjid, Anugerah Masjid Terbaik, Anugerah Kepimpinan Saudara Baru, Anugerah Tokoh Ulama' Silam dan Anugerah Maal Hijrah 1439H.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Chembong, YB Dato' Zaifulbahri Idris.