« Back

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1435/H

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1435/H

Tempat: Masjid Di Raja Tuanku Munawir, Seri Menanti
Tarikh: 13 Januari 2013

SERI MENANTI - Sambutan Hari Keputeraan Baginda Rasulullah SAW diraikan dengan penuh kesyukuran oleh umat Islam negeri ini kepada Baginda yang menjadi contoh dan teladan yang mulia bagi seluruh umat di dunia.

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sembilan 1435H/2013M telah diadakan di Masjid Di Raja Tuanku Munawir dengan perarakan dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Al Marhum 
Tuanku Munawir turut mencemar duli bersama-sama pemimpin masyarakat dan rakyat jelata berarak dari Istana ke Masjid Di Raja sambil berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Majlis yang dihiasi dengan selawat dan salam turut diserlahkan dengan persembahan qasidah daripada kumpulan nasyid tanahair, In-Team.

Turut sama, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani ibni Almarhum Tengku Besar Mahmud, putera-putera baginda, Datuk-Datuk Undang yang empat, Tunku Besar Tampin, YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Menteri KPDNKK, Datuk Hasan Malik serta barisan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri dan pemimpin masyarakat seluruh negeri.


Pages: 1  2