« Back

Sambutan Maulidurrasul Surau As Salam Kampung Jiboi

 

AMPANGAN, 12 FEB - Seramai 500 muslimin dan muslimat dari sekitar Daerah Seremban menghadiri Majlis Sambutan Maulidur Rasul bertempat di Surau As Salam Kampung Jiboi Baru, Ampangan, malam tadi.

Majlis diserikan dengan bacaan Maulid dan Qasidah secara beramai-ramai yang dipimpin oleh Kumpulan Nur Ahli Badar.

Selain itu, turut diadakan penyampaian Tausiyah berkaitan Maulidur Rasul oleh beberapa penceramah jemputan antaranya Pegawai Bahagian Rundingcara Akidah Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Ustaz Dr. Haji Muhammad Yusry Haji Mazlan; Syeikh Tarekat Bagi Tarekat Al Jaafariah Al Ahmadiah Al Muhammadiah, Syeikh Dr. Syuhadak Mahmud; Panel Penyelidik Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Maulana Haji Muhammad Abdullah Amir, YM Ustaz Ungku Ahmad Fadzil Engku Ali dan Pendakwah Bebas, Syeikh Mahmood Al Wasobi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ampangan, YB Dato' Haji Ubaidah Dato' Haji Redza; Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pengerusi Surau As Salam Kampung Jiboi Baru, Tuan Haji Omar Baba.