« Back

Sambutan Oktober Bulan Kaunseling MAINS

 

Sambutan Oktober Bulan Kaunseling Peringkat MAINS 2018.

SEREMBAN, 30 OKT – Seramai 50 orang kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan termasuk orang awam sekitar Seremban hadir bagi mengikuti "Program Sambutan Oktober Bulan Kaunseling Peringkat MAINS 2018", hari ini.

Program hari kedua ini merupakan anjuran Pusat Kaunseling MAINS yang melibatkan pelbagai aktiviti keilmuan dan menyampaikan maklumat dalam usaha membentuk jati diri dengan lebih yakin dan sebagai seorang yang bermotivasi tinggi.

Kaunselor Pusat Kaunseling Kuala Pilah, Encik Hasni Zulkifli telah membentangkan slot pertama dengan tajuk "Pengurusan Emosi dan Stress" dimana beliau turut menerangkan bagaimana mengatasi permasalahan dalam hidup dan langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya seseorang individu dalam keadaan beremosi dan mengalami pemasalahan stress yang agak tinggi.

Manakala pada sesi sebelah petang pula Ketua Kaunselor Pusat Kaunseling MAINS,Tuan Haji Norazman Amat telah bertindak selaku pembentang kedua yang menyampaikan tajuk " Kenali Diri Melalui I-CAT" yang menerangkan aspek kerohanian dan nilai-nilai murni yang perlu diamalkan bagi seseorang individu agar menjadi modal insan yang disegani oleh masyarakat.

Hadir sama, Kaunselor MAINS Daerah Seremban dan Kaunselor MAINS Daerah Port Dickson, Ustaz Wan Aminuddin Wan Abdullah.