« Back

SANTUNI ASNAF DI REMBAU

 

 

Semalam sempat menziarahi Puan Normala Binti Mohd Noor di kediaman ibunya di Rembau. Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan di kepala akibat tumor pada hujung tahun lepas.

Kini, beliau bergerak dengan kerusi roda bagi menjalani kehidupannya. Tika diziarahi kami dimaklumkan pertuturan serta pemikirannya juga kurang lancar kesan daripada penyakitnya.

Suaminya En Ali Akhbar bin Sultan yang bekerja sebagai pemandu Teksi dan mempunyai purata pendapatan bulanan sebanyak RM1000. Beliau dikurniakan 7 orang anak, 3 daripadanya masih bersekolah.Suami beliau merupakan penerima bulanan Baitulmal di bawah asnaf miskin daerah Rembau sebanyak RM 200 sebulan sejak tahun 2014.
Terbaru ini, Bantuan Persekolahan disalurkan sebanyak RM 650 dan juga 2 set kelengkapan pakaian sekolah untuk anak-anaknya.

Bantuan Zakat akan menyusul bagi membaiki tandas di kediamannya utk memudahkan urusan beliau diamvil kira daripada pengesyoran doktor yang merawat beliau.

Santuni asnaf semaksimum mungkin dengan bayaran zakat anda.