« Back

Seminar Antarabangsa Pendekatan Dakwah Melalui Kaunseling

 

Seminar Antarabangsa Pendekatan Dakwah Melalui Kaunseling Islam

SEREMBAN, 2 OGOS – Seminar Antarabangsa Pendekatan Dakwah Melalui Kaunseling Islam berlangsung selama dua hari bermula 1 dan 2 Ogos 2017 telah diadakan bertempat di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Seremban.

Seminar yang diadakan ini bertujuan menghimpunkan Dai-Dai dan kaunselor-kaunselor serta ahli psikologi di Malaysia dan Negara Acheh Darussalam bagi mengemukakan pandangan dan hasil kajian mereka dalam kaunseling bersepektif Islam (Islam Psychoterapy).

Hasil pembentangan dari konsep dan karya-karya ilmuwan dalam seminar ini akan menjadi satu panduan kepada Dai-Dai, kaunselor-kaunselor dan ahli psikologi Islam dalam mengendalikan tugasnya supaya tidak terkeluar dari syariat Islam yang membawa syirik tanpa disengajakan.

Didalam seminar ini juga dapat merapatkan serta mengeratkan ukhwah dan membina jaringan dalam mel;aksanakan tugas bimbingan dan kauselingyang berteraskan syariat Islamiah bersumberkan ilmu dari al-Quran dan sunnah.

Seminar Kaunseling anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS) disertai Seramai 60 peserta yang merupakan pendakwah dari Universiti Negeri Islam AR-Raniry Acheh. Beberapa pengisian dibentangkan diantaranya iaitu, Apakah Dakwah Suatu Rol Komplimentari Kaunselor Berspektif Islam; Pendekatan Dakwah Kepada Golongan LGBT; Urgensi Dakwah Islam Dalam Kehidupan serta Dakwah Dan Sikap Penguatannya Didalam Arus Globalisasi Masyarakat Moden.

Hadir sama, Eksekutif PK MAINS, Tuan Haji Norazman Amat.