« Back

SEMINAR DAKWAH DAN PENDIDIKAN ANTARABANGSA “PEMERKASAAN PENDIDIKAN DAN DAKWAH MELALUI MANHAJ SANUSI” SEMPENA PENGKHATAMAN MUWATTA’ KALI KE 2 2014

Tarikh: 5 Januari 2014
Tempat: Kompleks Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sembilan


SEREMBAN – Kolej Islam As Sofa dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menganjurkan Seminar Dakwah Dan Pendidikan Antarabangsa sempena Pengkhataman Muwatta' kali ke 2 2014 di Kompleks Kebudayaan Dan Kesenian Negeri Sembilan, hari ini.

Seminar itu telah dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan merangkap Pengerusi MAINS.

Dalam ucapan, beliau menegaskan bahawa pendidikan melalui kaedah Manhaj Sanusi merupakan satu pendekatan yang wajar dititikberatkan dalam menyumbang kepada pembentukan peribadi yang berilmu dan berketerampilan dalam mensejahterakan akidah umat Islam khususnya di Negeri Sembilan.

"Rakyat perlu menyedari hakikat bahawa akidah umat Islam kini dicabar dengan pelbagai revolusi yang boleh mengakibatkan perbalahan sesama umat Islam," katanya.

Dalam majlis yang sama, YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan turut mengalu-alukan kehadiran ulama' dari Mesir dan Libya yang bakal membentangkan kertas kerja berkenaan Manhaj Sanusi dan yang berkaitan dengan pendidikan dakwah Islam.

Antara yang turut hadir dalam majlis itu, YABhg. Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi, Penasihat Kehormat Yayasan Sofa Negeri Sembilan, YBhg. Dato' Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaludin Al Sanusi, Pengerusi Akidah Kerjaan Negeri Sembilan, Yang Arif Dato' Haji Mohd. Shukor Bin Sabudin. 


Oleh: Mizi / Khairul