« Back

Seminar Islamic Creative Art Therapy (I-CAT)

 

SEREMBAN, 02 NOV - Seminar Islamic Creative Art Therapy (I-CAT) Peringkat Kebangsaan anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (PK MAINS) yang berlangsung selama dua hari bermula 01-02 November 2017 ini telah diadakan bertempat di Dewan Besar Pusat Dakwah Islamiah Paroi.

Seminar Islamic Creative Art Therapy Peringkat Kebangsaan merupakan kemuncak kepada perkongsian kepakaran oleh Dr. Azizah Abdullah, Pensyarah Kanan dalam bidang kaunseling Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada PK MAINS melalui Knowledge Transfer Program (KTP) dengan kerjasama UUM, MAINS dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Program diadakan ini juga bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada para peserta tentang penggunaan Creative Art Therapy dalam perkhidmatan kaunseling, mengaplikasi penggunaan dalam pelbagai isu psikologi dari sudut teori dan praktikal.

Seramai 100 peserta dari pelbagai agensi Kerajaan turut terlibat dalam menjayakan program yang diadakan ini.

Majlis Perasmian serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Seri Menanti, YB Dato' Samad Ibrahim.

Hadir sama, Ketua Kaunselor PK MAINS, Tuan Haji Norazman Amat; Timbalan Dekan Fakulti Pendidikan UUM, Prof. Madya Dr. Mohd Zailani Mohd Yusof dan Pengarah Program I-CAT, Encik Mohd Hasni Zulkefli.