« Back

Sertai Majlis Negeri Sembilan Berselawat

 

PAROI, 13 JAN - Kira-kira 8,000 penduduk di sekitar Negeri Sembilan menyertai Majlis Negeri Sembilan Berselawat Sempena Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir bertempat di Kompleks Belia dan Sukan, Paroi, malam tadi.

Turut berkenan hadir, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta dua putera Baginda, YAM Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan YAM Tunku Zain Al'Abidin.

Keberangkatan tiba Tuanku Muhriz diiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Mohamad Haji Hasan dan isteri, YM Raja Datin Seri Dato' Hajah Salbiah Tengku Nujumudin.

Majlis diserikan dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Habib Syech As-Seggaf serta penyampaian Tausiyah oleh Al-Fadhil Syeikh Abd Razak Al-Masri.

Turut hadir memeriahkan majlis, Yang Teramat Mulia (YTM) Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri; Undang Luak Sungei Ujong, YTM Dato' Haji Mubarak Dohak; Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, YB Datuk Seri Haji Mat Ali Hassan; Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Dato' Haji Selamat Paigo.