« Back

Tazkirah Jumaat MAINS

 

SEREMBAN, 12 JAN - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah mengadakan Tazkirah Jumaat Mingguan di Surau Aras 4, Menara MAINS, hari ini.

Seramai 60 kakitangan MAINS hadir mendengarkan tazkirah tersebut.

Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, Sohibus Samahah YB Dato' Haji Yusof Haji Ahmad menyambung pengajian kitab Al-Fiqh Manhaji Mazhab Al-Syafie dengan mengupas tajuk Janazah.

Beliau berpesan agar memperingati kematian di samping turut menjelaskan cara dan hukum bagi menguruskan jenazah.

Selain itu, beliau juga mengingatkan agar hadirin tidak tersalah di dalam bacaan niat solat jenazah.

Turut hadir, Setiausaha MAINS, Tuan Haji Kamal Amran Kamarudin dan Penolong Mufti Bahagian Runding Cara Akidah, Ustaz Dr. Muhammad Yusry Mazlan.