« Back

Tazkirah Jumaat MAINS "Redha Dengan Ketentuan Allah"

 

 

SEREMBAN, 30 MAC - Seramai 70 kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hadir bagi mendengar tazkirah Jumaat yang diadakan di Surau Tingkat 4, Menara MAINS.

Tazkirah bertajuk "Redha Dengan Ketentuan Allah " telah di sampaikan oleh Sheikh Mohamad Abdul Naby berkaitan pentingnya redha dalam kehidupan seharian.

Antara pengisian tazkirah ialah tentang dua sifat berbeza Tawadduk dan Takabbur serta cara untuk memupuk keimanan dan mencari redha Allah.

Beliau turut memperingatkan hadirin agar sentiasa mengikut sunnah dan perintah Allah dengan kelebihan yang diberikan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. dan sentiasalah berwaspada dengan fitnah di akhir zaman.

Hadir sama, Pengurus Besar Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS), Ustaz Nor Azmi Musa dan Pengurus Sekretariat Mahasiswa/wi Timur Tengah (SMATT) MAINS, Tuan Haji Mohd Noor Uzairi Adam.