« Back

Tazkirah Mingguan MAINS

 

SEREMBAN, 09 FEB - Seramai 60 kakitangan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) hadir bagi mendengar tazkirah Jumaat yang diadakan bertempat di Surau Tingkat 4, Menara MAINS, hari ini.

Tazkirah Jumaat kali ini mengupas tajuk 'Menguruskan Jenazah' yang telah disampaikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YB Sohibus Samahah Dato' Haji Mohamad Yusof Haji Ahmad.

Dalam tazkirah tersebut, beliau menerangkan dengan lebih terperinci cara menguruskan jenazah lelaki dan wanita dalam aspek memandikan, solat dan pengebumian.

Menurut beliau, pengurusan jenazah harus dibuat dengan betul dan teratur mengikut urutan dengan memandikan, mengafankan, solat jenazah dan pengebumian kerana Ulama Islam telah Ijma' menyatakan hukum keempat-empat urusan tersebut adalah fardu kifayah.

Turut hadir, Penolong Mufti Bahagian Runding Cara dan Aqidah, Dr Ahmad Yusry Mazlan; Setiausaha MAINS, Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin dan Pegawai Zakat Negeri Sembilan, Ustaz Zainal Said.