« Back

Tuanku Muhriz Berkenan Hadir Tausiah Ambang Ramadhan

 

SERI MENANTI, 12 MEI - DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berkenan hadir ke Majlis Tausiah Ambang Ramadhan yang telah diadakan di Masjid Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Turut berkenan hadir, DYMM Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmod.

Penceramah Terkenal, Habib Ali Zaenal Abidin memenuhi pengisian program tausiah tersebut dengan ceramah agama berkaitan Ramadhan.

Beliau telah menceritakan pelbagai kisah pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat sebagai panduan hadirin bagi menghadapi bulan Ramadhan.

Selain itu, beliau turut menyeru agar hadirin melatih diri supaya menjadi insan yang lebih bersabar selain dari menahan nafsu di bulan puasa.

Tausiah ini diadakan sebagai persediaan buat umat islam yang bakal menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Turut hadir, Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin.