Darul Asnaf Seri Tanjung


 

  • Majlis Perasmian Darul Asnaf Seri Tanjung telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan, YBSS Dato' Haji Mohd Yusof Haji Ahmad
  • Penubuhan Darul Asnaf Seri Tanjung merupakan satu usaha professional, berwawasan dan berfokus untuk melahirkan generasi asnaf yang cemerlang dari pelbagai sudut
  • Matlamat utama penubuhan ini juga bertujuan mewujudkan ruang dan peluang kepada pelajar asnaf yang berpotensi untuk mendapatkan pendidikan dengan kemudahan yang teratur, sempurna dan terkini dalam suasana iklim pembelajaran yang konduksif dan islamik.
  • Pelajar-pelajar asnaf lelaki di Darul Asnaf Seri Tanjung ini dipilih daripada seluruh daerah di Negeri Sembilan dan mereka bersekolah di Sekolah Menengah sahaja, setakat ini seramai 33 pelajar di Darul Asnaf, 7 orang pelajar di tingkatan satu, 20 orang pelajar di tingkatan dua manakala 6 orang lagi di tingkatan tiga

Pages: 1  2