MAINS Holdings
 

*MAINS HOLDINGS SDN.BHD*


Pengenalan 
 

MAINS HOLDING SDN BHD (MHSB) yang dahulunya dikenali sebagai EDIFAJAR Development Sdn Bhd telah didaftarkan penubuhannya pada Januari 1997 mengikut Akta Penubuhan Syarikat 1965 sebagai sebuah Syarikat Sendirian Berhad. Ia merupakan syarikat milik penuh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan Darul Khusus (MAINS). Syarikat ini telah ditukarkan namanya dan kini dikenali sebagai MAINS HOLDINGS SDN BHD secara sah mulai 10 November 1998. Kini pejabat MAINS HOLDINGS SDN BHD beroperasi di Kompleks Menara Mains, Aras 12, Menara Mains.

 

Pada awal penubuhannya, syarikat ini berfungsi dengan tiga bahagian iaitu Bahagian Pengurusan Hartanah dan Projek Hartanah, Bahagian Teknologi Maklumat dan Bahagian Pentadbiran dan Kewangan.Aktiviti utama syarikat yang berhubung dengan pengurusan hartanah milik MAINS diuruskan oleh Bahagian Pengurusan Harta dan Projek. Bahagian ini memastikan agar segala pengurusan aset milik MAINS dilaksanakan dengan lebih cekap dan berkesan. Bahagian ini juga merancang untuk melaksanakan projek-projek pembangunan hartanah yang dapat memberikan pulangan kepada masyarakat.

 

Pages: 1  2  3  4  5