Pengurusan Faraid


Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak.Antara nya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan. Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia samaada beliau   meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti  anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) danwasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:
  1. Tanah
  2. Bangunan (rumah).
  3. Barang kemas (emas, perak dll).
  4. Insurans dan Wang tunai (samaada dilaburkan atau tidak).
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.
 

KADAR DAN SYARAT BAGI SETIAP AHLI WARIS


Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

 

 Bahagian Diperolehi

Suami kepada simati

1/2

Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari ana klelaki

1/4

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


 Bahagian diperolehi

Isteri kepada simati

1/4

Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki

1/8

Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki


Bahagian Diperolehi

Datuk kepada simati

Sama seperti bapa

Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

 

Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati

1/2

Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang
menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah

ASABAH

Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.

Terhalangoleh

Disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

 

Pages: 1  2  3