Bahagian Diperolehi

Saudara Perempuan Sebapa

1/2

Hanya seorang, tiada anak, cucu, saudara kandung, bapa
DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah

2/3

Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki,
saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya
Asabah

1/6

Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa

Asabah

Disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk

Terhalang Oleh

1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai
anak  perempuan dan cucu perempuan
4. Saudara lelaki kandung


Bahagian Diperolehi

Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6

Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

1/3

Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Terhalang oleh

Disebabkan ada nya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

 

 

ALLAH S.W.T telah berfirman: dalam (an-Nisa : 11)

  

 

"Allah mensyariat kan bagimu tentang (pembahagian pusaka untuk) anak-anakmu. Iaitu; bahagian seorang anak lelaki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih dari dua, maka bagi mereka dua pertiga dari harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka ia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masing nya satu per enam dari harta yang ditinggalkan, jika yang meninggal itu mempunyai anak; jika orang yang meninggal tidak mempunyai anak dan ia diwarisi oleh ibubapanya (sahaja), maka ibunya mendapat satu pertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa saudara, maka ibunya mendapat satu per enam. (Pembahagian-pembahagian tersebut) sesudah dipenuhi  wasiat yang dia buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tua mu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa di antara mereka yang lebih dekat (banyak) manfaat nya bagimu. Ini adalah ketetapan dari Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana."

(an-Nisa : 11)

 

Pages: 1  2  3