|
PERGERTIAN KAUNSELING
Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris
"counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi
mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam
pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam
aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung,
terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor,
jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan
kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan
aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan
seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai
kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan
alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan
bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan,
perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan
keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan
objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri,
antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada
dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta
teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang
daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan
kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:
- Bahawa setiap individu
dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada
kehidupan masing-masing.
- Mengakui hakikat bahawa
hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab
terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses
bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta
pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan
pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai
bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di
samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh
klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu
memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan
pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu
hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara
seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan
pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri
dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang
sebenar apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan
dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan
apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi
peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan
kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan
kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada
padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan
halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk
hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui
proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi
proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas
dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien
berubah.
TUJUAN
KAUNSELING
Para
profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat
yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling
mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir.
Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa
yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses
kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak
lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses
ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak
merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia
tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling
tersebut.
Tujuan
terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam
jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau
perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada
perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah
kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi
sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan
persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada
individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan
setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi
dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik.
Lima tujuan
kaunseling iaitu:
- Menolong mengubah
tingkah laku klien.
- Menambahkan kemahiran
klien mengendalikan kehidupannya sendiri, terutama mereka yang
terlalu bergantung kepada orang lain atau terlalu bimbang dan
ragu-ragu tentang dirinya.
- Menambahkan kemahiran
klien membuat keputusan pada saat-saat penting. Klien diharapkan
dapat menilai sesuatu situasi, membuat pemilihan dengan bijaksana,
tahu bagaimana dan mengapa keputusan tertentu mesti dibuat, apakah
kemungkinan akibat atau kesannya dan sedia menghadapi sebarang
risiko akibat keputusan tersebut.
- Membaiki perhubungan
klien dengan ahli-ahli masyarakatnya. Ramai orang menghadapi
masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain. Masalah
ini mempunyai hubungan yang rapat dengan konsep kendiri, sama ada
konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya. Diharapkan proses
kaunseling dapat menolong klien meningkatkan kualiti
perhubungannya dengan orang lain, misalnya perhubungan dalam
keluarga, perkahwinan, rakan sebaya dan seterusnya dalam
masyarakat. Perhubungan yang berkesan meningkatkan mutu
kesejahteraan kehidupan individu.
- Membantu perkembangan
bakat klien. Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan
bakatnya supaya dia dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.
Kaunseling mementingkan perubahan yang tertentu tetapi keseluruhan
perubahan pada diri seseorang individu itu hingga menyebabkan dia
merasa sejahtera. Objektif kaunseling yang utama ialah untuk memberi
inspirasi kepada klien bagi menilai, membuat, menerima dan mengambil
tindakan terhadap pilihan atau keputusan yang dibuatnya. Bagi
mereka, kaunseling menolong klien mempelajari proses membuat
keputusan, sehingga akhirnya dia dapat membuat keputusan tanpa
sentiasa mengharapkan bantuan orang lain. Pelbagai tujuan telah
diutarakan oleh mereka yang banyak pengalaman, pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang ini. Satu hakikat yang nyata ialah tujuan itu
tidak sama pada semua orang. Di dalam perkembangan proses
kaunseling, tujuan bagi seseorang klien itu mungkin diubahsuai dari
semasa ke semasa. Usaha membina tujuan mestilah dianggap sebagai
suatu tindakan yang tidak kaku, statik atau tetap; dan perlu dibuat
penilaian bersama oleh klien dan kaunselor mengikut keperluan
klien.
Secara
umumnya, bolehlah disimpulkan bahawa kaunseling menolong seorang
klien:
- Memahami diri dan
situasinya;
- Mengenal pasti
keperluannya;
- Menerima realiti
hidupnya;
- Membuat rancangan yang
realistik untuk mengendalikan hidupnya;
- Bertanggungjawab ke atas
diri dan perbuatannya;
- Dan seterusnya menjadi
individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.
Tujuan
terakhir supaya klien bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
sehingga menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya tidak mungkin
dapat dicapai dalam masa yang singkat. Ia merupakan tujuan hidup
setiap insan yang inginkan kesejahteraan hidup di dunia.
Walaubagaimana pun tidaklah dapat dinafikan bahawa setiap klien dan
kaunselor mempunyai tujuan-tujuan jangka pendek yang lebih khusus
yang ingin dicapai dalam masa yang singkat.
Setiap
manusia mesti dilihat menurut konteks sesuatu situasi di antara diri
dan situasi yang menimbulkan masalah-masalah berkenaan, difahami
bagaimana, mengapa dan kenapa, supaya dapat diterima hakikat yang
sebenar dan dapat dibina tujuan-tujuan hidup yang lebih realistik
dan lebih bermakna. Jika dilihat dari segi ini, tujuan juga
merupakan suatu proses yang dinamik, di dalam perjalanan hidup di
dunia ini yang penuh dengan cabaran dan ketidakpastian. Masalah
individu yang berhubung dengan kerunsingan, psikologi, peribadi dan
ketidaksejahteraan, kebanyakannya berpunca dari dalam diri individu
itu sendiri kerana tidak memahami diri dan situasi serta tidak
mempunyai jangkaan atau harapan yang realistik terhadap hidup.
Persoalan-persoalan asas seperti siapakah aku, dari manakah asalku,
apakah tujuan hidupku, siapakah yang menjadikan aku, untuk apakah
aku dihidupkan dan seumpamanya sepatutnya diberi perhatian yang
wajar.
Diharapkan klien dapat belajar mengendalikan hidupnya sendiri
daripada pengalaman dalam proses dan perhubungan kaunseling. Dalam
proses kaunseling, klien belajar tetapi kaunselor tidak mengajar.
Fungsi kaunselor adalah sebagai pemandu yang pada mulanya
diperlukan untuk menunjuk jalan dan menemani klien dalam
perjalanannya, memahami diri dan situasinya serta mengenal pasti
keperluannya. Setelah tujuan ini tercapai, barulah fungsi dan
peranan kaunselor tercapai dengan sempurnanya. Semakin berkurangan
sehingga sampai klien tidak lagi memerlukannya kerana dia sudah
dapat meneruskan perjalanannya sendiri tanpa bantuan daripada
kaunselor lagi.
PRINSIP
KAUNSELING
Dalam bidang
kaunseling, prinsip-prinsip harus diamalkan untuk mencapai tujuan
kaunseling. Prinsip dan ciri kaunseling adalah seperti
berikut:
- Kaunseling berkaitan
dengan mempengaruhi perubahan tingkah laku secara sukarela dengan
kehendak hati klien sendiri. Klien ingin mengubah dan berusaha
mendapatkan pertolongan kaunselor untuk mengubah tingkah
lakunya.
- Kaunselor menyediakan
keadaan yang memudahkan perubahan klien. Ini termasuklah hak
individu membuat pilihan, menjadi bebas dan berautonomi.
- Seperti dalam semua
perhubungan, terdapat batasan pada klien dalam kaunseling. Batasan
ini ditetapkan oleh tujuan kaunseling yang dipengaruhi oleh nilai
dan falsafah kaunselor.
- Keadaan yang memudahkan
perubahan tingkah laku akan disediakan melalui temu bual. Bukan
semua jenis temu bual merupakan kaunseling, tetapi kaunseling
selalunya melibatkan temu bual.
- Aktiviti mendengar
berlaku di dalam kaunseling, tetapi bukan semua aktiviti mendengar
merupakan kaunseling.
- Kaunselor memahami
kliennya.
- Kaunseling dijalankan
dalam keadaan yang sulit dan bersendirian di antara kaunselor dan
klien. Apa yang dibincangkan di antara kaunselor dan klien mesti
dirahsiakan.
- Klien mempunyai masalah
psikologi dan kaunselor mahir bekerja dengan klien yang mempunyai
masalah psikologi.
Kaunseling
harus berasaskan prinsip-prinsip berikut:
- Pada asasnya, manusia
membuat penentuan kendiri.
- Klien harus maju ke
tahap penerimaan kendiri dan pemahaman kendiri yang lebih
tinggi.
- Klien harus
mengembangkan tahap kebenaran yang lebih tinggi lagi, khasnya
kebenaran tentang dirinya sendiri.
- Objektif-objektif
kaunseling harus berdasarkan keperluan klien dan bukan keperluan
kaunselor.
Secara amnya,
prinsip-prinsip kaunseling dapat diuruskan seperti
berikut:
- Kaunseling diberi kepada
individu-individu normal yang sedang menghadapi masalah atau
kerunsingan.
- Kaunseling merupakan
interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dan klien
berdasarkan kemesraan dan kepercayaan. Kepercayaan adalah faktor
penting kerahsiaan dalam kaunseling.
- Dalam sesi kaunseling,
kaunselor menolong klien membuat keputusan dengan mempercepatkan
proses membuat keputusan itu. Kaunselor tidak membuat pilihan atau
keputusan untuk klien. Hal ini akan menimbulkan perkembangan
kebolehan klien untuk membuat pilihan atau keputusan tanpa
bergantung pada kaunselor. Kaunselor menolong klien supaya klien
dapat melihat segala faktor dalam sesuatu situasi, mengetahui
kekuatan dan kelemahan sendiri, serta menjelaskan fikiran yang
kabur dan tidak rasional.
- Orientasi kaunseling
haruslah ke arah bekerjasama dan bukannya paksaan. Kaunseling
dilakukan dengan cara persetujuan bersama di antara individu yang
terlibat. Orang yang dipaksa untuk menerima khidmat kaunseling
akan memberontak dan kurang percaya pada orang lain.
- Kaunselor haruslah
sentiasa percaya bahawa setiap individu mempunyai kemampuan bagi
kesejahteraan diri sendiri.
- Kaunseling hendaklah
berdasarkan perlakuan, menyedari kehormatan dan harga diri
seseorang.
- Kaunselor percaya bahawa
seseorang individu itu haruslah mempunyai peluang yang maksimum
untuk memilih matlamat hidupnya masing-masing dan cara untuk
mencapai matlamat itu.
- Kaunseling mestilah
berdasarkan etika kaunseling yang baik.
KETRAMPILAN PEMIMPIN
BERWIBAWA
Membentuk
Kejayaan Diri
- Menganalisa mengenali
diri sendiri
- Menyediakan
matlamat hidup
- Mempunyai wawasan
sendiri
- Mengenalpasti
nilai dan prinsip dalam hidup
- Sasaran
Perancangan dan matlamat untuk menjayakan sasaran bagi membolehkan
berjaya dalam kerjaya
Mengenal diri
sendiri
- Anggapan kita
mengenal diri sendiri
- Diri kita dari
kaca mata orang lain
- Diri kita
sebenar
Tiga jenis
manusia
Penilaian
diri
- Memahami diri
sendiri kekuatan/kelemahan
- Motivasi
kemahuan, semangat membara, keyakinan
- Disiplin diri
menggunakan kekuatan diri dalam mengawal diri
- Keimanan Pedoman
dan Pegangan hidup
- Keyakinan
mempercayai kebolehan sendiri
- Daya tarikan
personaliti dan imej diri
- Perasaan
kebolehan mengawal perasaan
- Sikap Positif
atau Negatif
- Tenaga- tenaga
yang berterusan
- Semangat,
kecergasan, kesungguhan
- Berfikir kreatif
idea/strategi baru
- Sasaran sasaran
dan standart diri sendiri
- Matlamat
Matlamat dan perancangan sebagai kompas ke arah
kejayaan
- Pengurusan masa
Keupayaan membezakan antara keutamaan , segera, kepentingan, tidak
penting segera.
Jenis-jenis matlamat
- Matlamat jangka
panjang
Matlamat yang memerlukan beberapa bulan atau tahun
untuk dicapai
- Matlamat jangka
pendek
Matlamat jangka pendek yang membawa kepada implementasi
matlamat jangka panjang
Matlamat :
Pendekatan "Smarter"
|
S
M
A
R
T
E
R |
-
-
-
-
-
-
- |
Specific
Measuarable
Attainable
Reasonable
Time bound
Exciting
Rewarding |
Spesifik
Boleh
diukur
Boleh
dicapai
Berpatutan
Jangkamasa
Seronok /
mengembirakan
Ganjaran |
Prinsip
pembentukan matlamat
- Matlamat mestilah
matlamat anda sendiri
- Matlamat mestilah
positif
- Matlamat mestilah boleh
di capai dan nyata
- Matlamat mestilah
ditulis
- Matlamat mestilah
specifik
Mengapa tidak
mempunyai matlamat
- Boleh
dijangkakan
- Telah
ditetapkan
- Takut kehilangan /
kekalahan
- Takut
kemenangan
- Pengharapan yang
terlalu tinggi
9 Fakta
penting dalam mencapai matlamat anda
-
Kuasai masa
anda "Kegagalan merancang adalah Perancangan untuk
gagal"
-
Keputusan
di tangan anda..Jangan biarkan orang lain menghalang
anda. "Orang lain boleh menghalang anda buat sementara TAPI
hanya ada seorang sahaja yang boleh melakukannya untuk
selama-lamanya".
-
Hapuskan
ketakutan. "Jika anda takut mencuba, anda tidak akan pernah
gagal. Tetapi takut untuk mencuba membuat anda tidak akan
berjaya".
-
Praktikan
sikap positif
-
Gambaran
minda "Kejayaan bukan destinasi, ianya adalah perjalanan, anda
perlu gambarkan arah kemana tujuan perjalanan
tersebut".
-
Bina imej
diri positif
-
Capai
sebarang peluang yang mendatang "Peluang hanya datang
sekali"
-
Tuliskan
matlamat anda dan semaklah ia selalu
-
Ambil
tindakan sekarang Jangan cakap-cakap kosong sahaja. "Action
speak louder than words" "1 % dari kejayaan adalah kerana
bernasib baik. 99% lain adalah hasil usaha"
Keputusan
ditangan anda, jangan biarkan sesiapa menghalang anda
Langkah
1
- Jelaskan kenapa anda
membuat keputusan tersebut.
- Fikirkan berapa banyak
masa yang anda ada.
- Tuliskan matlamat anda
dan bila ia patut dicapai.
Langkah
2
- Fikirkan tindakan yang
akan diambil
- Cari maklumat yang
berkaitan dengan situasi tersebut
- Senaraikan pilihan yang
terbuka untuk anda
Langkah
3
- Senaraikan implikasi dan
akibat dari setiap pilihan
- Hapuskan pilihan yang
tidak munasabah atau tidak anda perlukan
Langkah
4
- Ikut setiap pilihan
sampai tamat
- Anda boleh mengikut
lebih dari satu pilihan
- Jangan membuang masa
jika anda menamui jalan buntu.
Langkah
5
- Tambah pilihan atau
matlamat baru didalam tindakan anda
Langkah
6
- Bila anda telah mencapai
matlamat anda tuliskan matlamat baru dan had masa baru. Ikut
langkah 2.
Langkah
7
- Bila anda telah mencapai
matlamat yang terakhir, anda juga adalah kearah mencapai kejayaan
yang jitu.
Hilangkan
ketakutan
Bagaimana
untuk mendapatkan keyakinan diri.
Fasa 1
Kenalpasti diri anda
Langkah 1
: Bina fail kejayaan anda
Langkah 2 :
Mempunyai sikap optimistik
Langkah 3 :
Tukar sikap anda terhadap kegagalan
Langkah 4 :
Berhenti dari menganggap kegagalan dimana-mana
Fasa 2
Ketegasan diri anda
Langkah 1 :
Belajar menyatakan "TIDAK"
Langkah 2 :
Bertanya
Bersikap
positif
Apa itu
SIKAP
- Sikap adalah tingkahlaku
yang lahir dari emosi. Ia adalah kumpulan keterlaluan/perangagi
yang ditunjukan oleh seseorang terhadap orang lain.
- Ia merupakan komponen
emosi dan salah satu perkara yang sukar di fahami dan
diurus.
Bagaimana Sikap di
Perlihatkan
| Perkataan yang digunakan |
- |
"Boleh saya
tolong
." "Maaf,
" |
Air muka |
- |
senyum |
| Budi bahasa |
- |
Bersopan santun Kurang
sopan |
Nada bahasa |
- |
Lembut, marah |
Pembawaan diri (Imej) |
- |
Kemas, bersih |
Pakaian |
- |
Kotor, bersih |
Cara berjalan |
- |
Bertenaga, tak bermaya |
Posture |
- |
Tegap,
Bongkok |
Sikap dan
perhubungan manusia
Apa fungsi
sikap terhadap persekitaran?
Sikap positif
akan menghasilkan 3 matlamat:
- Ia akan melahirkan emosi
yang positif/baik terhadap kerja dan rakan-rakan di sekitar
anda
- Ia menambahkan sifat
kreatif bagi menambah produktiviti anda
- Ia memperbaiki
personaliti anda dalam berhubung dengan persekitaran
- Sikap dan sifat positif
dalam pembentukan seseorang. Anda adalah apa yang anda fikirkan.
Jika anda positif kerja di anggap mustahil boleh berjaya.
Kaedah
mengubah sikap
- Tentukan dahulu samada
sesuatu masalah itu berpunca dari sikap atau faktor persekitaran.
Jika berpunca dari faktor lain, usaha mengubah sikap tidak perlu
dilakukan.
- Apakah diri sendiri
orang yang paling sesuai untuk melakukannya dan apakah pengaruh
yang membawa kepada perubahan?Apakah kerana pengaruh ganjaran,
kepakaran, paksaan, tauladan atau simpati?
- Nilai diri apakah
komponen yang paling mempengaruhi sikap untuk berubah? Apakah
dengan mengubah persekitaran, pemikiran, pandangan dunia,
perasaan, sistem nilai, tingkah laku, dan persekitaran untuk
bertindak?
- Tentukan pendekatan yang
diperlukan untuk mengubah diri samada dengan secara langsung
negatif; mengancam; mengkritik; menghina; mengenakan dendaan dan
paksaan atau secara tidak langsung; menunjukkan tauladan
silaturrahim dan perlakuan.
- Mengenal pasti rintangan
rintangan yang mungkin dihadapi serta cara mengatasinya,
menentukan cara pengukuhan setelah berlaku perubahan; galakan atau
dorongan dan mengubah suai pendekatan berasaskan kejayaan atau
kegagalan.
17.
Sikap
|
Sikap
orang yang berjaya
- Mengubah kelakuan
sendiri
- Bekerja keras dan
punya masa
- Tahu bila mahu
bersikap tegas dan mengalah
- Menghormati orang
lain dan sanggup belajar dari orang lain
- Menggunakan masa
untuk maju
- Penekanan terhadap
kemungkinan / (peluang)
- Menerima pendapat
orang lain
|
Sikap
orang yang gagal
- Cuba mengubah
kelakuan orang lain
- Terlalu sibuk
membuat apa yang patut
- Mengalah bila
disoal dan mempertahankan perkara yang tidak penting
- Tidak mahu melihat
kelebihan orang lain cuma terhadap kelemahan mereka
- Gunakan masa untuk
mengelakkan kritikan
- Penekanan terhadap
masalah
- Tidak mahu
menerima pendapat orang lain
|
|