Soalan Lazim


  • Apakah itu Portal Islam Negeri Sembilan?

Portal Islam Negeri Sembilan adalah singkatan untuk Portal Rasmi Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. Portal Islam Negeri Sembilan merupakan landasan dimana orang awam boleh mendapat maklumat-maklumat berkenaandengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan serta kemudahan bantuan yang disediakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan.


  • Mengapa Portal Islam Negeri Sembilan diwujudkan?

Portal Islam Negeri Sembilan ini diwujudkan untuk memudahkan orang awam mengetahui jadual-jadual berkenaan dengan aktiviti-aktiviti Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan juga memuat turun borang bantuan zakat.


  • Siapakah yang dibenarkan melayari dan menggunakan Portal Islam Negeri Sembilan?

Umumnya, Portal Islam Negeri Sembilan boleh dicapai oleh semua lapisan masyarakat.


  • Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan? 

Segala akses dan penggunaan anda keatas Portal Islam Negeri Sembilan tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, silalayari "Dasar Privasi dan DasarKeselamatan" di bahagian bawah setiap halaman.


  • Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Islam Negeri Sembilan?

 

Anda boleh menghubungi:-

Unit Korporat,

Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Karung Berkunci no.22,

Pos Malaysia,

70990 Seremban Negeri Sembilan
baitulmal@mains.gov.my  


  • Sekiranya anda mempunyai soalan lain, sila klik di sini