HIDAYAH MILIK ALLAH

REZEKI ORANG LAIN DALAM HARTA KITA

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
Berikutan masih wujud ketidakseragaman enakmen agama Islam antara negeri-negeri, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM) telah mengambil inisiatif untuk menyeragamkan semua enakmen negeri berkaitan agama termasuk enakmen pentadbiran. Pada 1 Mac, 2004 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Agama Islam(Negeri Sembilan ) 2003 (Enakmen No. 10 2003). Enakmen ini telah diluluskan di Persidangan Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan pada 11 November 2003. Pengurusan dan perjalanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kini adalah berdasarkan peruntukan dalam enakmen ini. 
2003
Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991
Pada 1991 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan). (Enakmen No. 1 1991) bagi mengantikan keseluruhan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara' (Negeri Sembilan) 1960. Lebih banyak pembaharuan dan perkara berkaitan pendatbiran agama telah diperkenalkan dan dibuat pembaharuan. Enakmen ini juga dirangka agar wujudnya peraturan dan undang-undang Islam yang selaras di antara Negeri Sembilan dengan lain-lain negeri di Malaysia.
1991
Enakmen Pentadbian Hukum Syara'(Negeri Sembilan) 1960
Pada 6 Oktober 1960 telah diperkenalkan Enakmen Pentadbiran Hukum Syara'(Negeri Sembilan) bagi menggantikan keseluruhan Enakmen Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957. Enakmen ini lebih lengkap berbanding Enakmen 1957 dan mempunyai beberapa peruntukan tambahan bagi memperkemaskan sistem pentadbiran Islam di Negeri Sembilan. Gelaran Yang Di Pertua Majlis juga telah digantikan dengan Pengerusi Majlis. Enakmen ini kemudianya menjadi asas kepada pembentukan enakmen Majlis Agama Islam yang lebih tersusun dan beberapa enakmen yang berkaitan.
1960
Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1957
Pada 6 Febuari 1957, Enakmen Majlis Agama Islam 1957 (Enakmen No. 3/1957) diperkenankan oleh DYMM Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad dan YTM dato'-Dato' Undang yang Empat untuk dikuatkuasakan. Berikutan itu penubuhan Majlis distruktuurkan semula berdasarkan enakmen ini. Manakala urusan berkaitan adat istiadat diletakkan dibawah pengurusan Dewan Keadilan dan Undang yang dipengerusikan sendiri oleh DYMM yang di Pertuan Besar Negeri Sembilan.
1957
Enakmen Majlis Agama Islam (Negeri Sembilan) 1949
Arahan penubuhan Majlis Agama Islam atau "Council of Muslim Religion" telah ada dalam peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1948. Seksyen 6 menyebut bahawa DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan YAM. Undang Yang Empat hendaklah menubuhkan sebuah majlis yang dikenali sebagai Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu yang akan membantu dan menasihati DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan kerajaan dalam semua perkara berkaitan dengan agama dan adat. Walaubagaimanapun hanya pada 1949, Majlis ditubuhkan dengan rasminya melalui Enakmen Majlis Agama atau "Council of Muslim Religion" 1949 (Enakmen No.5/1949). 
1949

Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan
Emel : info@mains.gov.my Telefon : 06-763 2158 Faks : 06-762 0648

Copyright@2020 MAINS