Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MAINS, UPM, JABATAN PERIKANAN JALIN KERJASAMA AKUAKULTUR

9nov2020

PORT DICKSON, 6 Apr - Sebuah bengkel perbincangan dalam membangunkan Program Pembangunan Keusahawanan Belia Asnaf Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama Jabatan Perikanan Negeri Sembilan telah diadakan di Klana Beach Resort Port Dickson pagi tadi. Pertemuan telah membincangkan beberapa peluang pembangunan akuakultur antaranya proses ternakan spesis haiwan dan tumbuhan air tawar, payau atau masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, projek ini disasarkan akan merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air negeri ini. Pihak Perikanan juga mencadangkan kepada MAINS beberapa tanah kosong untuk pembinaan beberapa kolam bagi aktiviti-aktiviti tersebut. Ia juga dijangka dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada anak-anak asnaf yang berminat untuk menceburi bidang ini. Pengerusi MAINS, Dato' Abdul Aziz Sheikh Abdul Kadir telah mempengerusikan bengkel tersebut yang turut disertai Setiausaha, Ahmad Husaini Dato' Mustafa, Pensyarah Jabatan Akuakultur, UPM, Prof. Dr. Aziz Arshad, Prof. Pelawat Universiti Kinoki Jepun, Prof. Dr. Ridzuan Abd. Rahman, Felo Pengajar Jabatan Akuakultur, UPM, Abdullah Abd. Rahim dan Pengarah Jabatan Perikanan Negeri Sembilan, Halimi Abu Hanif. Turut hadir Ketua Jabatan Khidmat Pengurusan, MAINS, Mohamad Idris Ramli, Ketua Jabatan Wakaf dan Sumber Am, MAINS, Zainal Said, Ketua Bahagian Kewangan, MAINS, Azzerol Effendi Kadir, Ketua Bahagian Zakat, MAINS, Mahadi Ali.

Foto: Unit Media MAINS/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.