Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

FELDA WILAYAH RAJA ALIAS SUMBANG WAKAF TUNAI RM300,000

9nov2020

SEREMBAN, 13 Apr - Warga Felda Wilayah Raja Alias (Fasa 1) telah menyerahkan sumbangan wakaf tunai berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sempena pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan bagi tahun 2021 pagi tadi bertempat di Dewan Aras 4, Menara MAINS. Sumbangan wakaf tunai ini selaras dengan saranan pihak Pengerusi Felda bagi menukar minda peneroka daripada menerima kepada memberi dengan menyumbang dalam apa jua bentuk termasuk wakaf. Wakaf tunai yang telah diserahkan itu akan disalurkan semula ke kawasan Felda Raja Alias melalui projek-projek pembangunan serta pembaikan surau, masjid dan sekolah agama rakyat. Replika cek telah diserahkan Ketua Peneroka Wilayah Raja Alias, Karip Salleh dan telah diterima sendiri Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir. Turut mengiringi Pengerusi Gerakan Persatuan Wanita (GPW) Gabungan, Ramlah Jelani, Pengerusi Wilayah Raja Alias, Saifullah Mat Nor dan Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Dato' Mustafa.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.