Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ASNAF PD DISANTUNI DALAM JELAJAH RTM

9nov2020

PORT DICKSON, 19 Apr - Jelajah Ramadan Radio Televisyen Malaysia (RTM) 2021 telah singgah di Kampung Orang Asli Bukit Kepong dalam jelajah edisi ke-9 stesen tersebut petang tadi. Seramai 22 orang asnaf dari Kampung Orang Asli Bukit Kepong, Kampung Orang Asli Sunggala dan Kampung Orang Asli Palebar telah disantuni dalam program tersebut selain turut menerima bantuan barangan keperluan asas daripada RTM, Econsave Lukut, Olley Group Sendirian Berhad dan Pondok Motivasi selain saguhati kehadiran berjumlah RM100 daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Hadir sama Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Negeri Sembilan, Wan Ariffin Wan Hussin, Yang Dipertua Majlis Daerah Port Dickson, Mohd. Zamri Mohd. Esa, Penolong Pengarah Unit Kecemerlangan Mualaf, MAINS, Dr. Muhammad Adnan Abdullah, Penolong Pengarah Unit Ukhwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Nor Azlim Mat Sidik dan Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JKOA), Siti Fatimah Mohd. Sharif.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.