Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

7nov2020

TAMPIN, 15 Mei - Sebanyak 70 buah rumah di Felda Jelai 4 terjejas akibat banjir kilat yang bermula seawal jam 4 pagi semalam. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Felda Jelai 4, Jumasri Rahim berkata, ini adalah banjir kali kedua melanda kawasan tersebut selepas banjir pertama berlaku sebelum Ramadan yang telah menjejaskan 40 buah rumah. Menurutnya lagi, kejadian dipercayai berpunca daripada limpahan air Sungai Pador yang tidak mampu menampung aliran air daripada hujan lebat. Seorang penduduk ketika ditemuramah berkata, air naik dengan begitu pantas dan rumahnya tenggelam hingga ke paras pinggang seawal jam 6 pagi. Bertindak atas maklumat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menyantuni mangsa-mangsa banjir di kawasan terbabit tengah hari tadi dan menyampaikan sumbangan pek mangsa banjir dengan keseluruhan bantuan berjumlah hampir RM10,000. Sementara itu, bantuan wang tunai dan bantuan-bantuan lain turut akan disalurkan mengikut permohonan dan keperluan. Turun menyampaikan bantuan ialah Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, Mokhtar Ahmad, Penyelaras DUN Gemas, Aishah Othman dan Setiausaha Masjid Felda Jelai 4, Zakaria Ibrahim.

7nov2020 1 7nov2020 3 7nov20202

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.