Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL BANTU FIKRIE SEKELUARGA

9nov2020

NILAI, 11 Jun - Hantaran peribadi di Facebook milik seorang remaja yang menghidap penyakit buah pinggang tentang tiada bantuan diperoleh daripada mana-mana agensi telah mengundang pelbagai reaksi warganet. Bertindak pantas, Bahagian Agihan, Jabatan Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membuat semakan menggunakan nama pengguna Facebook tersebut dan mendapati beliau pernah dibantu dengan bantuan perubatan berjumlah RM1,000 pada bulan Julai tahun lalu dan ibunya adalah penerima bantuan bulanan melalui amanah zakat berjumlah RM520 setiap bulan. Sebagai respon, MAINS telah menziarahi remaja tesebut, Muhammad Fikrie Abdullah, 21, di kediaman keluarganya di Pangsapuri Bandar Universiti Teknologi Legenda, Mantin bagi menjelaskan situasi sebenar dan hasil perbincangan, beliau telah memadamkan hantaran Facebook berkenaan serta berterima kasih atas bantuan-bantuan yang diterima keluarganya. Difahamkan juga, ibu beliau adalah penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Dalam ziarah tengah hari tadi, beliau turut menerima sumbangan berjumlah RM500 bagi meringankan kos perbelanjaan ulang-alik ke hospital bagi rawatan buah pinggang beliau. Sumbangan disampaikan Penolong Pengarah, Unit Khidmat Kesihatan MAINS, Noor Fathihah Osman.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.