Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BAITULMAL BANTU DEPOSIT RUMAH SEWA BAHARU

9nov2020

SEREMBAN, 17 Jun - Mungkin berkat kesabaran ketika diduga terpaksa tinggal hampir sebulan di bawah khemah, Norhidayah Khalid, 30, bersama suami dan 4 orang anak kini banyak menerima bantuan dalam pelbagai bentuk daripada agensi-agensi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib yang menimpa keluarga ini. Terbaharu semalam, keluarga ini telah pun selamat menduduki rumah sewa di Medan Perniagaan Mambau Utama (MPMU) dengan depositnya dibantu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui amanah zakat. Ziarah susulan juga telah dilakukan pagi tadi dengan penyampaian kelengkapan tidur bagi keselesaan mereka sekeluarga terutamanya anak-anak yang berusia antara 4 hingga 11 tahun. Penyampaian disempurnakan Pegawai MAINS Cawangan Seremban 2, Nur Azizah Abdul Aziz. Bercerita mengenai perancangan masa hadapan, pasangan ini berkata, mereka turut menerima tawaran membuka gerai di sebuah medan perniagaan selain ingin memulakan pekerjaan mengambil upah memotong rumput dengan modalnya menggunakan hasil sumbangan orang ramai. Turut hadir Ketua Skuad Gerak Khas MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan Penolong Pengarah, Unit Khidmat Kemasyarakatan MAINS, Jumiatul Adawiyah Ismail.

Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.