Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PdPR: PANDU LALU AGIH TABLET ASNAF

8nov2020 1

SEREMBAN, 17 Jun - Berikutan penutupan sekolah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) masih diteruskan bagi menggantikan sesi persekolahan normal. Sebagai alternatif meringankan beban ibu bapa daripada golongan asnaf, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah membekalkan 32 unit tablet untuk diberikan kepada 29 buah keluarga asnaf dalam daerah Seremban melalui kaedah pandu lalu bertempat di laluan parkir Menara MAINS bermula pagi sehingga petang tadi. Inisiatif peringkat pertama ini bertujuan membantu para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran secara dalam talian di rumah dan memudahkan tugasan-tugasan yang berkaitan. Sebanyak 1,744 buah tablet bakal diagihkan kepada seluruh keluarga asnaf yang memerlukan di seluruh Negeri Sembilan dengan kos keseluruhan berjumlah RM905,136.00 tidak termasuk bantuan langganan internet selama 12 bulan dengan kos keseluruhan berjumlah RM665,510.40 melalui amanah zakat. Turut serta dalam agihan pandu lalu hari ini ialaihPegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.