Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BEKAS PEGAWAI IT PERLU BANTUAN PERUBATAN & PSIKOLOGI


9nov2020


SEREMBAN, 19 Ogos - Mengalami masalah pernafasan yang kronik, radang pada salur makanan dan terbaharu disahkan mengalami bengkak usus, Khairuddin Harun, 41, sudah 2 tahun tidak mampu meneruskan pekerjaan sebagai seorang pegawai teknologi maklumat. Selain masalah kesihatan pada perut, Khairuddin juga turut terkesan dari sudut mental dan sedang menerima rawatan psikologi daripada pihak hospital. "Saya mula sakit pada tahun 2015 dan berat badan saya mula menurun mendadak sejak itu," kata Khairuddin. Beliau yang mempunyai 3 orang anak berusia antara 6 hingga 11 tahun kini hanya bergantung kepada pendapatan isteri yang bekerja sebagai penolong pegawai dalam bidang yang sama. Cakna akan kesusahan dihadapi Khairuddin sekeluarga, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah turun menziarahi Khairuddin yang kini tinggal di rumah ibunya di Taman Bukti bagi mengambil maklumat terkini dan menyampaikan bantuan wang tunai segera. Bantuan-bantuan susulan seperti bantuan kebajikan dan perubatan juga akan disalurkan selain sokongan dari sudut psikologi oleh kaunselor-kaunselor MAINS. Bantuan petang tadi telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar. Turut hadir Ketua Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Mohd. Zahid Mohammad dan wakil Unit Khidmat Kebajikan, MAINS, Mohd. Farid Mohd. Saleh.



Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.