Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

LILIN PUNCA KEBAKARAN


9nov2020


LENGGENG, 4 Okt - Sebuah rumah di Kampung Daching Hilir di sini terbakar awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada lilin yang dinyalakan selepas terputus bekalan elektrik. Menurut mangsa, Rusli Md. Tahir, 64, kebakaran hanya disedari pada pukul 2 pagi ketika beliau sedang tidur. "Kebetulan saya tidur di luar bilik, kemudian terjaga dan terasa bahang seperti api, rupa-rupanya rumah sudah terbakar," kata beliau. Difahamkan juga, beliau suka mengumpul barang-barang terpakai seperti tin, botol dan kayu dalam kawasan rumah menyebabkan api marak dengan begitu pantas. Api berjaya dipadamkan kira-kira jam 2.30 pagi dengan tindakan pantas Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mantin. Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Buat sementara waktu, penduduk kampung memberikan sebuah rumah untuk beliau tinggal sementara dengan sewaan sebanyak RM200 sebulan dan akan dibantu bayarannya oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Melalui amanah zakat juga, MAINS yang telah turun menziarahi beliau petang tadi turut menyampaikan bantuan wang tunai segera dan bantuan makanan kering. Bantuan-bantuan susulan akan disalurkan kemudian. Turun ziarah Pegawai Dakwah Cawangan Nilai, Hasrul Nizam Sidek, Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Daching Hilir, Shapri Latif.


Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.