Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ALHAMDULILLAH, DAH DAPAT RUMAH


9nov2020


SEREMBAN, 5 Okt - Sepasang suami isteri dari Seremban 2 yang simpati dengan kisah keluarga Muhammad Abdullah, 57, seorang orang kurang upaya (OKU) yang terpaksa keluar dari rumah sewa dan tinggal di bawah jambatan sebelum dipindahkan ke Balai Raya Taman Permai sebelum ini telah tampil menghulurkan bantuan dengan menawarkan sebuah rumah dengan kadar sewaan yang rendah. [Baca sebelumnya: https://www.facebook.com/100064691083089/posts/230904229075945/?d=n] Muhammad yang telah dibantu Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sejak 2011 bersama isteri dan anak-anak telah pun menerima kunci rumah sewa tersebut petang tadi dengan bayaran deposit dijelaskan melalui amanah zakat MAINS. Hadir sama Pegawai Skuad Gerak Khas (SGK) MAINS, Amir Syukri Abdul Jalil, Penghulu Mukim Rasah, Mohd. Faihas Md. Sharif, Pegawai Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang, Nor Azahar Ismail dan Bendahari Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Permai Fasa 1, Alwi Ali. Difahamkan, individu yang telah banyak membantu keluarga ini yang juga adalah Pengerusi Masjid Jamek Datuk Bandar Haji Ahmad, Rasah, Ahmad Zakhwan Abdul Wahab tidak dapat bersama ketika penyerahan kunci.


Foto: Unit Media Baharu/Abu Aaesya.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.