Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MAINS BANTU ANAK-ANAK YATIM PIATU LANGSAI TUNGGAKAN RUMAH


9nov2020


[Dikemaskini] KUALA PILAH, 11 Okt - Tunggakan ansuran rumah sebanyak RM12,792.82 hanya diketahui ketika dalam proses pertukaran nama pemilikan rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) selepas bapa, seorang penerima bantuan bulanan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) meninggal dunia Ogos lalu. Selain baru mendapat tahu tentang tunggakan tersebut, anak sulung kepada 4 beradik yatim piatu ini, Tengku Nur Eireen Emylia Tengku Adam Amry, 23, berkata, antara faktor menyebabkan tunggakan ini adalah kerana arwah bapanya tidak mampu bekerja secara tetap atas masalah kesihatan. Beliau kini perlu menanggung 3 orang adik yang masih bersekolah dengan pendapatan sebagai operator kilang dan menerima gaji sekitar RM1,500. Bertindak atas permohonan, Pejabat Agihan MAINS Daerah Kuala Pilah telah turun menziarahi adik-beradik ini bagi menyampaikan bantuan cek tunggakan ansuran rumah dengan jumlah penuh dan cek tunggakan bil utiliti dengan jumlah RM233.18. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Kuala Pilah, Mohd. Azreen Abu Bakar. Turut hadir Pegawai Agihan Kuala Pilah, Mohd. Irfan Aqil Kamaruddin.

Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.