Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

BUMBUNG ROSAK AKIBAT RIBUT


9nov2020


GEMAS, 11 Okt - Hujan lebat disertai ribut telah melanda sekitar kawasan Felda Pasir Besar semalam dan mengakibatkan kerosakan pada 4 buah rumah penduduk. Antara yang paling terkesan adalah rumah kampung milik Ruzilah Abdul Rahman. Bantuan wang tunai awal sebanyak RM300 telah disampaikan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) sementara bantuan-bantuan susulan turut akan disalurkan. Bantuan telah disampaikan oleh Pegawai Dakwah MAINS Cawangan Gemas, Mohd. Khairi Ayub. Turut hadir Pengerusi Masjid Felda Pasir Besar, Mejar Abdul Halim Abu Bakar dan Pegawai Agihan Gemas, Mohd. Helmi Musa.

Gambar Ihsan.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.