Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

PERASMIAN OKTOBER BULAN KAUNSELING 2021

8nov2020 1

SEREMBAN, 14 Okt - Sambutan bulan Oktober sebagai Bulan Kaunseling Kebangsaan 2021 telah memasuki tahun ke-6 bertujuan mendekatkan lagi perkhidmatan ini kepada masyarakat sebagai advokasi terhadap pentingnya mendapatkan khidmat kaunseling profesional sama ada melalui runding cara atau penglibatan melalui pelbagai aktiviti. Tema yang telah dipilih pada sambutan tahun ini adalah 'Emosi Sejahtera Keluarga Malaysia Bahagia.' Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) melalui Bahagian Kaunseling dan Pembangunan Insan tidak terlepas bersama-sama meraikan sambutan ini dengan majlis pelancarannya telah dilaksanakan pagi tadi bertempat di Dewan Aras 4, Menara MAINS. Antara aktiviti yang dijalankan adalah pelbagai slot ceramah untuk kakitangan dan asnaf, pertandingan video kreatif TikTok dan aktiviti-aktiviti serta permainan menguji diri dan minda. Selain ucapan perasmiannya yang telah disempurnakan Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab Kadir, majlis tersebut juga diserikan lagi dengan penampilan sulung kumpulan kugiran jalanan ('buskers') yang terdiri daripada 7 orang kakitangan MAINS sendiri. Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Kalam Buskers telah menyampaikan 2 buah lagu iaitu Ainul Mardhiah yang dinyanyikan oleh kumpulan nasyid UNIC dan lagu malar segar Kekasih Awal dan Akhir yang telah dipopularkan oleh Dato' Jamal Abdillah. Hadir sama Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Pengarah Jabatan Wakaf MAINS, Zainal Said, Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MAINS, Mohammad Idris Ramli dan Ketua Kaunselor MAINS, Norazman Amat.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.