Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KEMBARA NUR ISLAM 2021 RTM, MAINS: HARI PERTAMA

8nov2020 1

PORT DICKSON, 25 Okt - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) bersama-sama dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM) memulakan rakaman travelog ‘Kembara Nur Islam 2021’ ke 2 lokasi asnaf daerah ini di Kampung Telok Pasir Panjang dan Kampung Sungai Sekawang semalam. Rakaman yang bakal berlangsung selama 3 hari ini bertujuan menyantuni asnaf yang didaftarkan bersama MAINS yang kemudiannya akan disiarkan dalam slot rancangan stesen televisyen tersebut.

Di lokasi pertama, program telah menyantuni seorang asnaf yang bekerja sebagai nelayan, Mohd. Raub Ahmad, 71, yang tinggal bersama isteri, anak-anak dan cucu di Kampung Telok Pasir Panjang. Beliau adalah penerima bantuan bulanan MAINS sejak tahun 2009 sehingga kini. Melalui dana zakat yang disampaikan khusus dalam program ini, beliau telah menerima bantuan 10 set jaring untuk kegunaan menangkap ikan bagi aktiviti hariannya di laut yang juga berdasarkan permohonannya sebelum ini.

Lokasi kedua pula telah singgah di Kampung Sungai Sekawang menziarahi, Mohd. Taib Jantan, 67, seorang penerima bantuan bulanan MAINS sejak tahun 2007. Beliau juga adalah seorang nelayan dan turut menerima bantuan, MAINS telah menyerahkan seunit enjin bot serta kelengkapan lain bagi memudahkan pekerjaan meraih hasil laut beliau. Hadir sama Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato’ Nor Azmi Musa, Pegawai Agihan MAINS Daerah Port Dickson, Mohd. Hafiz Abu Yazid dan Penolong Pengarah Unit Keusahawanan Asnaf, Nursyahidah Abu Bakar.

8nov2020 2 8nov2020 3 8nov2020 3

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

BERITA LAIN

Dalam ziarah hari ini, BaitulMal tampil untuk mengambil maklum kesusahan dihadapi beliau dan menyampaikan bantuan barangan makanan asas, walking frame dan sedikit sumbangan tunai bagi meringankan beban mereka sekeluarga selain bantuan susulan yang akan diproses.

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.