Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PEGUAM-PEGUAM MUSLIM MALAYSIA


9nov2020


SEREMBAN, 26 Okt - Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) yang disambut sendiri Pengerusi MAINS, Dato' Dr. Abdul Aziz Sheikh Ab. Kadir tengah hari tadi. Pertemuan dua hala ini menerangkan dengan lebih terperinci fungsi sedia ada MAINS serta membina hubungan dan berkongsi idea antara kedua belah pihak demi kebaikan masyarakat Islam setempat khususnya. Kunjungan PPMM telah diketuai Presiden, Dato' Zainul Rijal Abu Bakar bersama timbalannya, Mohd Hisham Marzuki dan Bendahari, Abdul Halim Bahari. Turut hadir Setiausaha MAINS, Ahmad Husaini Mustafa, Pengarah Jabatan Zakat MAINS, Dato’ Nor Azmi Musa dan Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan MAINS, Mohammad Idris Ramli.

Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.