Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

MANFAAT WAKAF TUNAI MAINS: KERUSI DIALISIS


9nov2020


SEREMBAN, 29 Okt - Melalui dana wakaf tunai Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), 10 unit kerusi dialisis bagi perawatan dialisis telah diserahkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) pagi tadi dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM9,000. Simbolik penyerahan telah disempurnakan Pengarah Jabatan Wakaf MAINS, Zainal Said dan telah diterima Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Faid Abd. Rashid. Turut hadir Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Perubatan), Dr. Mohd. Ferous Alias, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Wakaf, Jabatan Wakaf MAINS, Ali Mazri Mauludin dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Mal, Jabatan Wakaf MAINS, Ahmad Naim Azlan.

Foto: Unit Media Baharu/Haziq Naim.

 


BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.