Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

ZIARAH WARGA EMAS 77 TAHUN



9nov2020




SEREMBAN, 19 Nov - Pejabat Agihan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) Daerah Seremban telah turun menziarahi Raja Azizah Raja Asil, 77, seorang warga emas yang tinggal seorang diri di rumah pusaka arwah milik emaknya di kampung Manggis, Jalan Jelebu dekat sini. Beliau sebelum ini dijaga oleh anak tirinya yang tinggal di Port Dickson selama 2 tahun sebelum diserahkan kepada sepupu beliau selama lebih kurang 2 bulan. Ziarah mendapati kesihatan beliau agak terbatas dan hanya mampu bergerak menggunakan kerusi roda. Berdasarkan rekod MAINS, melalui dana zakat, beliau dibantu dengan bantuan kewangan secara bulanan sejak 2013 sehingga 2020 selain bantuan perubatan pada tahun ini. Ziarah pagi tadi telah menyampaikan bantuan lampin pakai buang daripada MAINS dan barangan makanan hasil sumbangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Negeri Sembilan. Bantuan-bantuan susulan turut akan disalurkan. Bantuan telah disampaikan Pegawai MAINS Daerah Seremban, Che Som Omar. Hadir sama Pegawai Dakwah MAINS Daerah Seremban, Anwar Muttaqin.



Foto: Unit Media Baharu/Ain Rahman.

 

 

 



BERITA LAIN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.