Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KLINIK DAN PUSAT DIALISIS WAKAF AN-NUR


Klinik dan Pusat Dialisis Wakaf An-Nur adalah satu program amal yang dilaksanakan oleh pihak Hospital Pakar Seremban (KPJ) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Ditubuhkan pada 6 Oktober 2003 dan merupakan perkhidmatan produk Wakaf Kesihatan yang dikeluarkan oleh jabatan Wakaf.

OBJEKTIF

  1. Memberikan khidmat rawatan perubatan terbaik setaraf dengan institusi perubatan yang lain untuk golongan-golongan yang kurang berkemampuan.
  2. Menerapkan fungsi dan nilai wakaf sebagai salah satu amalan mulia dalam kalangan masyarakat.
  3. Membantu membiayai kos rawatan pesakit yang berpendapatan rendah.
  4. Mendedahkan kepada masyarakat tentang perlaksanaan wakaf yang terdiri daripada pelbagai cara dan kaedah.
  5. Menambah dana wakaf melalui tabung wakaf yang disediakan di klinik yang bertujuan untuk menggalakkan masyarakat mendapat manfaat yang berterusan dengan berwakaf.
  6. Menyediakan pusat rawatan perubatan yang selesa untuk para pesakit yang tidak berkemampuan.

 

FUNGSI

  1. Memberi perkhidmatan rawatan kesihatan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
  2. Perkhidmatan rawatan kesihatan berkonsepkan amal jariah.
  3. Meringankan beban masyarakat terutama kepada pesakit buah pinggang yang perlu mengeluarkan belanja yang besar apabila mendapatkan rawatan di klinik dan pusat dialisis yang lain.

 

PERKHIDMATAN KLINIK WAKAF AN-NUR

  1. Memberikan perkhidmatan am kepada pesakit yang memerlukan perundingan dan rawatan perubatan tanpa mengira agama dan bangsa.
  2. Kadar serendah RMS.00 termasuk kos ubat-ubatan yang dibekalkan kepada pesakit selepas rawatan.
  3. Tambahan kadar bayaran akan dikenakan apabila pesakit memerlukan rawatan yang melibatkan 'urine test' dan 'injection'.
  4. Doktor yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
  5. Suasana klinik yang selesa bagi pesakit.

 

PERKHIDMATAN PUSAT DIALISIS WAKAF AN-NUR

  1. Memberi rawatan kepada pesakit buah pinggang yang kurang berkemampuan dan kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh MAINS berdasarkan pendapatan dan tanggungan semasa pesakit.
  2. Pesakit perlu mengisi Borang Permohonan Bantuan Perubatan yang boleh didapati di Pejabat Baitulmal MAINS di setiap daerah di dalam Negeri Sembilan.
  3. Hanya pesakit yang telah bermastautin di Negeri Sembilan yang tidak kurang daripada setahun sahaja layak membuat permohonan bantuan perubatan daripada Baitulmal MAINS.
  4. Pusat Dialisis Wakaf An-Nur dilengkapi dengan pelbag jenis peralatan khusus untuk rawatan dialisis yang di oleh pihak Hospital Pakar Seremban (KPJ).

 

WAKTU OPERASI

KLINIK WAKAF AN-NUR
No. 25A, Jalan Taman Komersial Senawang 8,
Taman Komersial Senawang,
70450 Senawang, Seremban.

Tel : 06-6795662 Faks : 06-6796269
Isnin - Jumaat


Sabtu
Ahad/Cuti Umum

8.30pg - 1.00ptg
1.00ptg - 2.00ptg (Rehat)
2.30pm - 4.30pm
8.30pg - 1.00ptg
Tutup

PUSAT DIALISIS WAKAF AN-NUR
No. 26, Jalan Taman Komersial Senawang 8,
Taman Komersial Senawang,
70450 Senawang, Seremban.

Tel : 06-6785958
Isnin - Sabtu
Ahad/Cuti Umum
7.00pg - 2.00ptg
Tutup

WAKAF
PERKHIDMATAN

lokasi

  Pejabat Setiausaha MAINS, Aras 14, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100 Seremban Negeri Sembilan

  info@mains.gov.my

  06-765 1402 / 06-765 1405

  06-762 0648

ADUAN / PERTANYAAN

MEDIA SOSIAL

fb insta youtube
© Majlis Agama Islam Negeri Sembilan. All Rights Reserved.