Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

KWSP adalah caruman wang pekerja dan majikan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti Wang Simpanan, cuma bezanya adalah simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan sewenang-sewenangnya seperti akaun simpanan biasa. Jika pengeluaran wang KWSP dilakukan melalui mana-mana skim pengeluaran, maka wang tersebut diwajibkan zakat apabila pengeluar telah menyimpan mengikut kadar haul selama setahun dan mencapai kadar nisab yang telah ditetapkan.

 

KAEDAH PENGIRAAN

Zakat KWSP wajib dikeluarkan (sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan) dimana kadarnya adalah 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan.

 

CONTOH :

Jika pencarum mengeluarkan wang KWSP sebanyak RM15,000, maka zakatnya adalah RM375 (RM15,000 x 2.5% = RM375).

JENIS ZAKAT