Selamat Datang ke Portal Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS)

Allah SWT telah mewajibkan zakat tanaman dan buah-buahan terdiri daripada biji-bijirin seperti padi, gandum, jagung, jenis-jenis kacang dan sekoi dan buah-buahan seperti kurma dan anggur sahaja. Ia merupakan makanan asasi sesebuah negara.

 

Firman Allah di dalam surah Al-Anam ayat 141 yang bermaksud.

"Dan dialah (Allah) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar (tanamannya) dan yang tidak menjalar dan pohon-pohon tamar dan tanaman-tanaman yang berlainan dan tidak bersamaan (rasanya) makanlah dari buahnya ketika ia berbuah dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik dan menuai".

 

SYARAT WAJIB ZAKAT PADI

  1. Islam
  2. Milik Sempurna
  3. Cukup Nisab - 5 ausuq (363 gantang bersamaan 1306 kg atau 1.306 tan)

 

KADAR ZAKAT YANG DIKENAKAN 

  • 5% jika menggunakan jentera dan saliran.
  • 10% jika menggunakan air hujan semata-mata.
JENIS ZAKAT