BORANG POTONGAN GAJI SKIM WAKAF TUNAI MAINS

WAKAF SEBAGAI SAHAM AKHIRAT ANDA!
Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama’) berpendapat amalan Wakaf merupakan sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan (berterusan) dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya. Potongan Gaji Wakaf Tunai MAINS akan digunakan untuk mendirikan aset kekal seperti masjid, surau, sekolah, pusat hemodialisis, pusat jagaan warga emas, pusat tahfiz, rumah anak-anak yatim dan lain-lain. Justeru, selagi mana aset kekal ini wujud dan dimanfaatkan oleh masyarakat, pahala akan terus mengalir kepada Pewakaf dan mereka yang Pewakaf niatkan. Istimewanya Wakaf ini kerana boleh diniatkan untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga, sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

Dari Abu Hurairah ra, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Apabila mati seorang anak Adam maka akan terhentilah amalnya kecuali tiga perkara : i) Sedekah jariah, 2) Ilmu yang dimanfaatkannya dan bermanfaat kepada orang lain, 3) Anak soleh yang mendoakannya."

(Hadis Riwayat Muslim)

Garis Panduan Potongan Gaji Wakaf Tunai MAINS
🎁🎁 Percuma 1 (Satu) Pendrive 32GB (Selagi Stok Masih Ada)
1.Terbuka kepada semua kakitangan awam dan swasta yang beragama Islam tanpa mengira bangsa, keturunan dan warganegara.
2.Orang Bukan Islam juga boleh memberi sumbangan wakaf tunai secara potongan gaji bulanan, asalkan mereka bersetuju mematuhi syarat dan prosedur yang telah ditetapkan oleh MAINS dari semasa ke semasa.
3.Penyertaan dan sumbangan juga terbuka kepada kakitangan syarikat dan agensi dari dalam dan luar Negeri Sembilan yang berminat untuk memberi sumbangan wakaf tunai secara potongan gaji bulanan.
4.Bagi Bulan Potongan, boleh dimulakan hanya seawal 2 (dua) bulan daripada tarikh Permohonan Potongan Gaji Wakaf Tunai MAINS. Sebagai contoh, mohon bulan 8/2021 maka boleh nyatakan mula potongan bulan 10/2021.
5.Bagi No. Fail Cukai, jika tiada atau tidak berkaitan boleh nyatakan TIADA.
6.Bagi Wakaf Untuk, boleh tanda semua yang berkaitan dan nyatakan Nama yang Diwakafkan di ruang yang disediakan.
7.Sebarang pertanyaan lanjut, sila wasap nombor 60137743662 @ 06-762 2445 (Talian Pejabat)
MAKLUMAT DIRI
KEBENARAN POTONGAN & NIAT MEWAKAFKAN HARTA
Saya dengan ini membenarkan gaji bulanan saya dipotong sebanyak :
sebulan dan mengamanahkan MAINS untuk mewakafkan mana-mana harta kekal atas nama Skim Wakaf Tunai Negeri Sembilan untuk
Diri Saya Allahyarham Allahyarhamah Lain-Lain
kerana Allah Ta'ala selama-lamanya.
*Pihak MAINS akan berurusan dengan pihak majikan tuan/puan untuk tindakan selanjutnya